Twitch (perkhidmatan)
Twitch (perkhidmatan)

Twitch (perkhidmatan)

Twitch merupakan sebuah perkhidmatan penstriman langsung video yang dikendalikan oleh Twitch Interactive, sebuah anak syarikat Amazon.[2] Diperkenalkan pada bulan Jun 2011 sebagai spin-off platform penstriman umum dinamakan Justin.tv, laman web ini terutama memfokuskan pada penstriman langsung permainan video, termasuk siaran pertandingan esports, tambahan juga siaran muzik, kandungan kreatif, dan lebih kini, penstriman "dalam kehidupan sebenar". Kandungan di laman web itu dapat dilihat secara langsung atau melalui video atas permintaan. Populariti Twitch melampaui populariti rakan sejawatnya yang umum itu. Pada bulan Oktober 2013, laman web ini mempunyai sejumlah 45 juta penonton unik,[3]:38 dan menjelang Februari 2014, laman web ini dianggap sebagai penyebab keempat terbesar puncak trafik Internet di Amerika Syarikat. Pada masa yang sama, syarikat induk Justin.tv dijenamakan semula sebagai Twitch Interactive untuk menunjukkan peralihan fokus - Justin.tv ditutup pada Ogos 2014. Pada bulan itu, perkhidmatan itu diperoleh oleh Amazon dengan harga 970 jutaAS$,[4][5] yang kemudian menyebabkan pengenalan sinergi-sinergi dengan perkhidmatan langganan syarikat itu dinamakan Amazon Prime. Twitch kemudian memperoleh Curse, sebuah pengendali komuniti-komuniti permainan video dalam talian dan memperkenalkan kaedah untuk membeli permainan melalui pautan di strim bersama dengan sebuah program yang membolehkan penstrim untuk menerima komisen berdasarkan penjualan permainan yang mereka mainkan. Menjelang 2015, Twitch mempunyai lebih daripada 1.5 juta penstrim dan 100 juta penonton setiap bulan.[6] Setakat 2017, Twitch kekal sebagai perkhidmatan penstriman video langsung utama untuk permainan video di AS, dan mempunyai advantej terhadap YouTube Gaming.[7][8] Setakat Mei 2018, ia mempunyai 2.2 juta penstrim bulanan dan 15 juta pengguna aktif setiap hari, dengan sekitar sejuta pengguna serempak.[9][10] Setakat Mei 2018, Twitch mempunyai lebih daripada 27,000 saluran pasangan.[11]

Rujukan

WikiPedia: Twitch (perkhidmatan) http://www.adweek.com/news/technology/twitch-bids-... http://associationsnow.com/2015/01/gaming-gurus-re... http://www.businesswire.com/news/home/201204120054... http://www.cnet.com/news/steve-aoki-to-star-in-twi... http://www.cnet.com/news/twitch-pulls-the-plug-on-... http://www.dailydot.com/esports/twitch-growth-espo... http://www.destructoid.com/eve-online-adds-twitch-... http://www.destructoid.com/new-version-of-uplay-fe... http://www.espn.com/esports/story/_/id/18262358/20... http://www.espn.com/nba/story/_/id/21752221/nba-br...